DIALOG (MUNASYADAH) ANTARA AMIRUL MUKMININ ALI BIN ABI THALIB DENGAN ABU BAKAR TENTANG “HAK KEKHALIFAHAN IMAM ALI”

Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma sholi ala Muhammad wa aali Muhammad

Tuntutan  Amir  al-Mukminin `Ali b. Abi Talib  A.S  terhadap kekhalifah selepas Rasulullah s.`a.w adalah  satu  hakikat yang  tidak boleh dinafikan kerana ia dicatat di dalam  buku-buku muktabar Ahl al-Sunnah dan Syi`ah.  Imam Ali mengajukan kembali tuntutan kepada perampas kekhalifahan dengan cara mengajak munasyadah (dialog/tanyajawab)  beliau Imam as mengemukakan beberapa persoalan  kepada Khalifah  Abu  Bakr  berdasarkan  hadis-hadis  Rasulullah s.`a.w  mengenai  hak dan kelebihan dirinya, yang denganya Abu Bakar diminta untuk berpendapat terhadap hadis Rasulullah tersebut..

Bagi  Amir  al-Mukminin `Ali A.S, tuntutan  beliau  terhadap kekhalifah selepas Rasulullah s.`a.w adalah hak  yang wajib  dituntut.  Karena Rasulullah s.`a.w telah melantik  beliau dan sebelas anak cucunya daripada Fatimah A.S sebagai Imam atau Khalifah.  Bagi `Ali, perlantikannya merupakan keteapan dari  Allah  S.W.T. yang disampaikan melalui rasul-Nya.  Dengan dasar tersebut, seharusnya manusia mestinya mentaati beliau dan sebelas  imam  selepas beliau as.

Pada kesempatan ini syiahnews.wordpress.com menyajikan dialog Amir al-Mukminin `Ali bin Abi Thalib A.S  dengan Khalifah Abu Bakr  yang membahas masalah  Imamah atau Khilafah. Syiahnews.worpress.com dalam penyajian ini mengutip secara keseluruhan dari  kitab karya Abu Mansur Ahmad bin Abu Thalib al Tabarsi atau sering dikenal dengan  al-`Allamah  al-Tabarsi (wafat 620 H)  yang termuat dalam kitabnya  al-Ihtijaj Juz I halaman 115-129.  Syi’ahnews.wordpress.com berusaha membuat rujukan kepada  kitab-kitab  Ahl al-Sunnah sebagai  rujukan saudar-saudara ahlu sunnah untuk mengetahui sumber dalam kitabnya sendiri, seluruh rujukan kepada kitab ahlu sunnah tersebut didasarkan dari penyajian yang dilakukan oleh Al Sayyid Muhammad al Baqir al Musawi.

Dialog Amirul Mukminin Ali BIn Abi Thalib as Dengan Khalifah Abu Bakar

Diriwayatkan dari  Ja`far, (Imam Ja`far al-Sadiq imam keenam Ahl al-Bait Rasulullah s.`a.w. Ja`far  b. Muhammad), Imam Muhammad al-Baqir b. `Ali Zain al-Abidin b. Husain b.Ali  (beliau imam kelima Ahl al-Bait Rasulullah s.`a.w.) dari  Bapanya,  dari datuknya  A.S, Beliau berkata:  Setelah selesainya perbuatan mereka terhadap `Ali, serta selesainya urusan Abu  Bakr dari bai`ah orang banyak kepadanya,  Abu Bakr masih mengharapkan bai`ah dari `Ali, tetapi beliau Ali as menunjukkan  sikap keengganan terhadapnya.  Abu Bakr menganggapnya sebagai masalah serius lalu beliau ingin berjumpa dengannya dan  meminta maaf  atas bai`ah orang banyak kepadanya, Abu  Bakr sendiri tidak begitu  berhasrat  untuk  memegang jabatan kekhalifahan kerana kezuhudannya. kemudian dia mengadakan pertemuan empat mata dengan `Ali bin Abi Thalib as. (kemudian terjadilah dialog sebagai berikut – pen 🙂

Abu Bakar berkata :

“Wahai Abu l-Hasan! Demi Allah, terhadap perkara ini aku bukanlah benar-benar mencintainya, kerana aku sesungguhnya tidak mempunyai  keyakinan kepada diriku sendiri terhadap keperluan umat ini. Aku ini  tidak memiliki kelimpahan harta dan keluarga yang banyak pula.Oleh karena itu mengapa anda  menyembunyikan kepadaku apa yang aku  tidak  berhak daripada anda dan Anda melahirkan ketidaksukaan terhadapku” [1]

Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as  berkata:

“Anda menyatakan bahwa  anda kurang yakin terhadap diri anda sendiri untuk mengendalikan dalam masalah ini, lalu apakah  yang mendorong anda untuk memegang  jabatan kekhalifahan sekiranya  anda  benar-benar merasa tidak menghendakinya?”

Abu Bakr  menjawab:

“(Aku mendasarkan perbuatanku) pada sebuah hadis yang aku mendengarnya dari Rasulullah  s.`a.w, beliau bersabda “Sesungguhnya Allah  tidak  akan mengumpulkan  umatku  di atas kesesatan“. Dan aku mendapati ijmak mereka (tentang masalah kekhalifahan-pen) terhadapku, maka akupun mengikuti sabda Nabi s.`a.w tersebut. [2]  Dan aku tidak terfikir ijmak mereka telah menyalahi  petunjuk.  Lantaran itu aku memberi jawapan yang mendukung hal itu. Dan  sekiranya aku mengetahui seseorang tidak setuju atas perlantikanku niscaya aku pasti menolaknya.

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Adapun ketika anda menyebutkan sabda Nabi s.`a.w “Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku di atas kesesatan“, apakah  aku ini (Ali-pen) termasuk bagian dari umat (sebagaimana disebut dalam sabda Nabi s’aw -pen) atau tidak?

Abu Bakar menjawab :

“Tentu, anda  bagian dari umat ini “

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Apakah sekelompok orang yang menentang anda, seperti Salman, `Ammar, Abu Dhar, al-Miqdad, Ibn`Ubbad  dan orang-orang Ansar yang lain,  termasuk bagian  dari umat (sebagaimana disebut dalam sabda Nabi s’aw – pen)?”

Abu Bakar menjawab :

”Mereka Semuanya termasuk  bagian dari umat”

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

” (Jika demikian adanya-pen) bagaimana anda  dapat berhujah dengan hadis tersebut, sedangkan orang seperti mereka telah membelakangi anda?   Dan umat  tidak mencela mereka serta persahabatan  mereka  dengan Rasulullah adalah baik?!”

Abu Bakar menjawab :

”Aku tidak mengetahui penentangan  mereka melainkan selepas pemilihan khalifah.  Aku khawatir sekiranya aku meninggalkan “perkara ini” (baca : kekhalifahan pen) orang akan menjadi murtad dari agama mereka. Lantaran itu perlakuan mereka terhadapku  tidak aku hiraukan, lebih senang bagiku untuk mememberi pertolongan di dalam masalah agama dan membiarkanya dari permusuhan mereka. Justeru sikap mereka itulah dapat membuat mereka kembali  menjadi kafir. Aku  menyadari  bahwa anda bukanlah  orang  yang  dapat mengukuhkan keadaan mereka sekaligus mengukuhkan agama mereka”

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

”Ya, Tetapi beritahukan kepadaku tentang  orang yang berhak atas jabatan khalifah dan dengan apakah dia berhak?

Abu Bakar menjawab :

”Dengan nasihat, kesetiaan, perlakuan yang baik, melahirkan keadilan, alim dengan kitab dan sunnah, kecakapan  yang tinggi, zuhud di dalam soal keduniaan, tidak  terlalu cintakan dunia, menyelamatkan orang yang tertindas dari ditindas, bertindak adil……Kemudian dia (Abu Bakr) terdiam.

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata melengkapi pernyataan Abu Bakr:

”Orang yang terawal memeluk Islam dan kerabat?”

Abu Bakar menjawab :

”Ya !”

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

”Aku menyeru  kepada anda dengan nama Allah,  wahai  Abu Bakr,  apakah sifat-sifat tersebut terdapat pada diri  anda  atau pada diriku?

Abu Bakar menjawab :

“ Semuanya malah terdapat pada diri anda wahai Abu l-Hassan “ [3]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah,  siapakah  yang telah menyahuti dakwah Rasulullah (s.`a.w) dari kaum lelaki ? diriku ataukah anda?

Abu Bakar menjawab :

“Anda “ [4]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang  mengisytiharkan (mengumumkan) Surah  al-Bara’ah di musim  Haji  akbar di hadapan kaum muslimin? diriku atau anda?

Abu Bakar menjawab :

“Anda “ [5]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Siapakah yang telah membuat Rasulullah s.`a.w. menahan (umat) di hari al-Ghadir ? adakah itu untuk akau atau anda?

Abu Bakar menjawab :

“Anda “ [6]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, kepada siapakah Rasulullah saw menyebut maula kepada semua muslimin melalui hadis Nabi (s.`a.w.) di hari al-Ghadir ? adakah untuk diriku atau diri  anda?

Abu Bakar menjawab :

“Anda “ [7]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Apakah ayat al-Wilayah (al-Maidah5:55) daripada Allah bersama Rasul-Nya mengenai  zakat dengan cincin ? itu ditujukan kepadaku ataukah anda?

Abu Bakar menjawab :

“Untuk Anda “ [8]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

”Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Apakah  al-Wazarah (wazir) Rasulullah (s.`a.w.) yang diumpamakan Harun  bagi Musa . itu diperuntukan pada diriku atau untuk anda?”

Abu Bakar menjawab :

“Untuk Anda “ [9]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

”Aku menyeru kepada anda dengan  nama  Allah,  Adakah Rasulullah (s.`a.w.) mempertaruhkan dengan aku, isteriku dan anak – anak  lelakiku pada saat bermubahalah dengan Musyrikin atau  dengan isteri  anda dan anak-anak lelaki anda?

Abu Bakar menjawab :

“Dengan kalian “ [10]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

”Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah,  Apakah  ayat al-Tathir (Surah al-Ahzab 33: 33) tersebut, untukku, isteriku dan anak-anak lelakiku atau untuk anda, isteri anda dan anak-anak lelaki anda?

Abu Bakar menjawab :

“Anda dan anak istri anda “ [11]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah,  Siapakah yang didoakan  oleh  Rasulullah (s.`a.w.) di hari al-Kisa’ Wahai Tuhanku mereka itulah keluargaku kepada Mu dan bukan kepada neraka“,  aku, isteriku  dan  anak-anak lelakiku  atau anda?

Abu Bakar menjawab :

“Anda, isteri anda dan  anak-anak  lelaki anda “ [12]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Siapakah yang dimaksud dalam ayat “Mereka menunaikan nazar dan  takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana” (Surah al-Insan76:7), adakah itu aku antau anda ?

Abu Bakar menjawab :

“Anda, “ [13]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Untuk siapakah ketika terjadi peristiwa  dikembalikannya  matahari untuk waktu  solat  lalu  ditunaikan solatnya kemudian ia terbenam, apakah itu untuk anda ataukah untuk aku?”

Abu Bakar menjawab :

“Anda, “ [14]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Siapakah yang telah melegakan Rasulullah (s.`a.w.) dan  kaum  Muslimin  dengan membunuh `Amru b. `Abd Wuddin, adakah itu aku atau anda?

Abu Bakar menjawab :

“Anda, “ [15]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang telah diamanahi oleh Rasulullah (s.`a.w.)  dalam  perutusannya kepada jin lalu dia menyahuti seruan itu, adakah yang menyahuti itu aku ataukah anda ?

Abu Bakar menjawab :

“Anda, “ [16]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah,  Siapakah yang disucikan oleh Allah dari perzinaan semenjak Adam  sampai kepada  bapaknya  yang dengannya Rasulullah (s.`a.w.) kemudian bersabda  “Aku  dan anda (`Ali) dari nikah yang sah dan bukan dari perzinaan semenjak Adam hingga `Abdu l-Muttalib” ,adakah itu yang dimaksud diriku ataukah anda?

Abu Bakar menjawab :

“Anda, “ [17]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah,  Siapakah yang telah dipilih oleh Rasulullah saw untuk kemudian dinikahkan dengan perempuannya Fatimah (`a.s) dan kemudian beliau saw bersabda: “Allah telah menikahkan  anda dengan Fatimah di langit“, adakah itu aku atau anda?

Abu Bakar menjawab :

“Anda, “ [18]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah ayah dari  Hasan  dan Husain, yang kedapanya Rasulullah saww  bersabda:  “Kedua-duanya pemuda  Ahli  Syurga  dan bapa mereka berdua  adalah  lebih  baik daripada mereka berdua” , adakah itu aku atau anda?

Abu Bakar menjawab :

“Anda, “ [19]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan  nama  Allah,  adakah saudara  yang dihiasi dengan dua sayap  terbang  di  syurga bersama para malaikat itu adalah sadarau ataukah saudara anda?

Abu Bakar menjawab :

“ Saudara Anda, “ [20]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang  telah menjamin hutang Rasulullah (s.`a.w.)  dan  mengadakan perisytiharan  di  musim haji dengan melaksanakan  janjinya, adakah itu aku atau anda?

Abu Bakar menjawab :

“ Anda, “ [21]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang  didoakan  oleh Rasulullah  (s.`a.w.), sementara terdapat burung panggang  di sisinya, dan beliau saw ingin memakannya, namun kemudian beliau saw  bersabda:  “Wahai Tuhanku! datangkanlah kepadaku orang yang  paling Engkau  cintai  untuk berbagi  memakan  (daging) burung itu bersamaku “. maka  tidak  seorangpun datang selain orang itu, adakah yang datang itu aku atau anda?

Abu Bakar menjawab :

“ Anda, “ [22]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah orang yang telah diberi mandat oleh Rasulullah (s.`a.w.) supaya  memerangi al-Nakithin, al-Qasitin, al-Mariqin menurut takwil al-Qur’an, adakah mandat itu untuk aku atau anda?

Abu Bakar menjawab :

“ Anda, “ [23]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Siapakah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) dengan kehakiman dan  kefasihan di dalam percakapan dengan sabdanya: “`Ali  adalah orang yang paling alim di dalam ilmu penghakiman“, hal itu diyujukan kepada anda atukah pada diriku?

Abu Bakar menjawab :

“ Anda, “ [24]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah  yang dimaksud oleh Rasulullah (s.`a.w.) yang memerintahkan para sahabatnya supaya memberi  salam kepadanya untuk menjadi pemimpin pada  masa  hidupnya, adakah itu aku atau anda?

Abu Bakar menjawab :

“ Anda, “ [25]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada  anda dengan nama Allah,  siapakah yang menjadi saksi  percakapan Rasulullah  (s.`a.w.)  yang  terakhir, memandikanya dan mengkafankannya, adakah itu aku atau anda?

Abu Bakar menjawab :

“ Anda, “ [26]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah kerabat Rasulullah (s.`a.w.) adakah anda atau aku?

Abu Bakar menjawab :

“ Anda, “ [27]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah,  Siapakah yang dikurniakan oleh Allah dengan dinar ketika dia memerlukannya dan Jibra’il menjualkan untuknya dan kemudian untuk menjamu Muhammad sebagai tetamu lalu untuk memberi makan anaknya, adakah itu aku ataukah anda?

Abu Bakar kemudian menangis dan menjawab :

“ Anda, “ [28]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah,  Siapakah yang telah diletakkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) di atas  bahunya untuk menghancurkan berhala-berhala di atas  ka`bah  sehingga jika dikehendaki niscaya dapat menyentuh ketinggian, apakah itu aku atau anda?

Abu Bakar kemudian menjawab

“ Anda, “ [29]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

”Aku menyeru kepada  anda dengan nama Allah, Siapakah yang disabdakan oleh Rasulullah (s.`a.w.) “Andalah pemilik  bendera di dunia dan di akhirat”  adakah itu anda ataukah aku?

Abu Bakar kemudian menjawab

“ Anda, “ [30]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

”Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah,  adakah  anda yang diperintahkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) supaya membuka pintu di  masjidnya  ketika beliau memerintahkan supaya  ditutup  semua pintu keluarganya dan para sahabatnya dan membenarkan pintu  dibuka atau itu untu aku?

Abu Bakar kemudian menjawab

“ Anda, “ [31]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

Aku menyeru kepada  anda dengan nama Allah adakah  anda telah  mengeluarkan sadqah apabila anda  mengadakan  perbicaraan khusus dengan Rasul dikala itu Allah mengkritik satu  golongan”Apakah  kamu  takut akan (menjadi miskin) kerana  kamu  memberi sadqah sebelum pembicaraan dengan Rasul?” (Surah al-Mujadalah 58:13) atau apakah yang dimaksud itu aku antau anda ?

Abu Bakar kemudian menjawab

“ Anda, “ [32]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah adakah  anda yang dimaksudkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) ketika beliau bersabda kepada Fatimah: “Aku nikahkan anda kepada orang yang pertama beriman kepada Allah” apakah itu dengan anda atau dengan aku?

Abu Bakar kemudian menjawab

“ Anda, “ [33]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

”Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang  telah diberi salam oleh para malaikat tujuh langit di  hari al-Qulaib, aku  atau anda?

Abu Bakar kemudian menjawab

“ Anda, “ [34]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

”Apakah dengan jawaban seperti ini anda merasa berhak melaksanakan urusan umat Muhammad?  Sesungguhnya anda   telah membuat diri anda terlanjur  jauh  dari  Allah dan Rasul-Nya  sedangkan  anda  tidak mempunyai sesuatu yang diperlukan oleh penganut agamanya!”

Abu Bakar menangis dan  kemudian  menjawab:

”Memang benar apa  yang  anda katakan  wahai Abu l-Hassan.Tunggulah aku hingga  berlalunya hariku. Aku akan memikirkan tentang jabatanku sebagai  khalifah dan  aku tidak akan mendengar lagi percakapan  seperti ini selain dari anda” [35]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Itu terserah kepada anda wahai Abu Bakr”

Lantas dia kembali dan jiwanya agak tenang di hari itu dan tidak membenar seorangpun berjumpa dengannya sehingga di malam hari.

Para sejahrawan mencatat, bahwa usai Khalifah Abu Bakr melakukan munasyadah dengan Amirul Mukminin, dan Abu Bakr mengakui hakikat kekhalifahan  Ali bin Abi Thalib as,  dia hampir-hampir menyerahkan jabatan kekhalifahan kepada Amir al Mukmini Ali bin Abi Thalib, tetapi kemudian dihalang-halangi oleh Umar ibnu Khattab [36]

Wallahu a’lam bhi showab

[1]  Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19;  al-Mas`udi, Muruj al-Dhahab, II, hlm. 302; al-Ya`qubi, Tarikh al-Ya`qubi, II, hlm. 127.

[2] Al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal, I, hlm. 9.

[3] Ibn Hajr al-`Asqalani, Lisan al-Mizan,  VI, hlm. 78; al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 7; Ibn Katsir, al-Bidayah wa al-Nihayah, VII, hlm. 356.

[4] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 91-92.

[5] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad,  I, hlm. 156;  al-Turmudhi, Sahih,II, hlm. 461;  al-Hakim, al-Mustadrak,  II, hlm. 51;  Ibn Hajral-`Asqalani, al-Isabah,  II, hlm. 509;  al-Muttaqi  al-Hindi,Kanz al-`Ummal, I, hlm. 246.

[6] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 53-54.

[7] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, IV, hlm. 370; al-Wahidi, Asbab al- Nuzul, hlm. 150; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120; al-KhatibTarikh Baghdad,  VIII, hlm. 290;  al-Syablanji,  Nur al-Absar,hlm. 75; al-Ya`qubi, Tarikh al-Ya`qubi, II, hlm.32.

[8] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 293; Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 417; al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 422; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, I, hlm. 4

[9] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 175; al-Muttaqi al-Hindi,Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 117; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm 116; al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 301; al-Nasa’i, al-Khasa’is,hlm. 78;  Abu Daud, al-Musnad, I, hlm. 28;  al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 83.

[10] al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 482; Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 20; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I,hlm. 185; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 38; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 47;  al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm.101.

[11] Al-Tabari, Jami` al-Bayan, XXII, hlm. 502;  al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 198; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 259; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 251.

[12] Ibid.

[13] Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 331; Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, VIII, hlm. 392; Ibn Hajr al-`Asqalani, al-Isabah, VIII, hlm. 168; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 530; al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 102.

[14] Ibn Hajr, Lisan al-Mizan, V, hlm. 76; Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, VI, hlm. 80;  al-Tahawi, Musykil al-Athar, II, hlm. 8; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 137.

[15] Lihat umpamanya,  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib,  hlm. 277.

[16] Ibid., hlm. 230-231.

[17] Ibid., hlm. 379; al-Haithami, Majma` al-Zawa’id, IX, hlm. 168.

[18] Ibn Hajr al-Makki, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 84-85;  Muhibb al-Tabari,  Dhakha`ir al-Uqba, hlm. 29; al-Kanji  al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 298-299.

[19] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib,  hlm. 204;  al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 166.

[20] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 519.

[21] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad,I, hlm. 3;  al-Dhahabi, Mizan al-I`tidal, I, hlm. 306; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, III, hlm. 209.

[22] Al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 299; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 130;  Abu Nu`aim al-Asfahani, Hilyah al-Auliya’, VI, hlm. 339; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 30; al-Dhahabi, Muruj al-Dhahab, II, hlm. 49.

[23] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 154;  Ibn Hajr,Tahdhib al-Tahdhib, III, hlm. 178; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Tahdhib, hlm. 167-168.

[24] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 112.

[25] Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 20;  al-Muttaqi al-Hindi,  Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 155; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 128

[26] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 60-63.

[27] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 90; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 76.

[28] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 530; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 348-349.

[29] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 5.

[30] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 81.

[31 Al-Nasa’i, al-Khasa’is, hlm. 17; al-Hakim, al-Mustadrak, III,hlm. 125; al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 301; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 201.

[32] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 100.

[33] Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-Uqba, hlm. 29; Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 85; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 298.

[34] Lihat umpamanya, al-Khatib, Tarikh Baghdad, IV, hlm. 403.

[35] Lihat umpamanya, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19; al-Ya`qubi, Tarikh al-Ya`qubi, II, hlm. 127-128.

[36] Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19;  al-Ya`qubi, Tarikh al-Ya`qubi, II, hlm. 127.

Iklan