Sikap Dan Reaksi Shi’ah Terhadap Tuduhan Dan Serangan Ke Atas Mereka


Posted on 27 April 2008 by satuislam.wordpress.com

Sikap Dan Reaksi Shi’ah Terhadap
Tuduhan Dan Serangan Ke Atas Mereka
(Di petik dari Jurnal Islamika IV, 1991)
________________________________________

PERSELISIHAN pendapat dan pertarungan fikiran tentang khilafah Ali bin Abi Talib telah bermula sejak zaman sahabat, misalnya dialog antara ‘Umar dengan Ibn ‘Abbas.[1]
Kemudian pertarungan fikiran ini berkembang menjadi sengketa teori politik dan seterusnya pertumpahan darah dan pembunuhan kejam terhadap Syi’ah Ali. Serangan kejam ini bermula pada zaman pemerintahan Mu’awiyah hinggalah kurun ke-5 Hijrah dan zaman kekuasaan Saljuq.
Berikut ialah contoh-contoh kekejaman dalam dua zaman itu: Pertama zaman Mu’awiyah. Didiriwayatkan oleh al-Mada’ini di dalam kitabnya al-Ahdath katanya: “Kemudian Mu’awiyah memberi kepada pegawai-pegawainya di seluruh pelosok negara sekeping surat yang berbunyi:
“Perhatikanlah siapa yang ada bukti menyokong ‘Ali dan cintakan keluarganya, maka potong namanya dalam senarai Diwan dan hentikan pemberian Wang ‘ata’ kepadanya.”
Di dalam lembaran yang lain pula surat itu berbunyi. “Siapa yang boleh dituduh ta’at kepada kaum itu (Syi’ah) hendaklah disiksa dan dibinasakan rumahnya ….” [2]
Pada zaman kekuasaan Saljuq dan satu kurun sebelum itu, berlakulah pertumpahan darah dan penyembelihan beramai-ramai setiap tahun di Baghdad, terutamanya pada bulan Muharram dan Safar, iaitu ketika golongan Syi’ah mengadakan rnajlis memperingati pembunuhan Husain di Karbala’. Pengikut-pengikut keluarga Abu Sufyan datang menyerang, membunuh, membakar dan merompak.[3]

Kadang-kadang kemarahan mereka tidak terhadap kepada orang-orang hidup sahaja, tetapi sampai kepada orang yang telah mati. Bakan sahaja kepada orang biasa Syi’ah tetapi hingga kepada Imam-Imam mereka.
Sibt lbn al-Jauzi menceritakan tragedi tahun 443 Hijrah setelah menerangkan peristiwa berdarah dan pembunuhan yang kejam:
Satu kumpulan pembenci Syi’ah datang ke kubur Musa b. Ja’far as-Sadiq memusnahkan kubur itu dan mengeluarkan mayat-mayat orang Syi’ah yang dikebumikan berdekatan di sana seperti penya’ir al-’Auni dan lain-lain, kemudian membakarnya. Adapun Musa dikeluarkan dari kuburnya dan ditanam berhampiran dengan kubur Ahmad b. Hanbal.[4]
Peristiwa sejarah ini menunjukkan bagaimana kekecewaan dalarn pertarungan ilmu membawa kepada kekecewaan hati dan keganasan yang amat kejam.
Pada pertengahan kurun ketiga Hijrah lahirlah kitab bertajuk al-’Uthmaniyah oleh al-Jahiz, kandungannya mengecam Syi’ah, menafikan hakikat yang nyata dan menolak keberanian ‘Ali b. Abi Talib. Al-Mas’udi di dalam kitabnya Muruj al-Dhahab, juzu’ III, h. 237, memberi komen; “al-Jahiz mencari jalan untuk mematikan yang hak dan menentang orang-orang yang berada di pihak kebenaran”.

Tetapi kitab ‘Uthrnaniyah itu segera disanggah oleh ramai pengarang-pengarang lain, hinggakan pengarang bukan Syi’ah pun mengkritiknya dan yang anihnya al-Jahiz sendiri pun turut mengkritiknya. Ini jawab kerana al-Jahiz merupakan penulis upahan yang menulis untuk mencari publisiti dan wang, hari ini ia menulis sesuatu dan pada hari esoknya ia menentang pula tulisannya itu.

Bahkan mungkin dialah orang yang pertama mengkritik bukunya itu. Hal ini telah disebut oleh Ibn an-Nadim di dalam al-Fihrist halaman 210, ketika ia menerangkan tentang buku ar-Radd ‘ala al-’Uthmaniyyah (Penolakan terhadap buku ‘Uthmaniyah) dan sebuah lagi buku al-Jahiz bertajuk fadl Hasyimi ala ‘Abd Syams (Kelebihan Hasyim ke atas Abd Syams).[5]
Sebaik sahaja buku ‘Uthrnaniyah itu terbit banyaklah buku-buku lain diterbitkan untuk mengkritik dan menyanggah pendapat al-Jahiz itu, di antaranya ialah buku:

1. Naqd aI-’Uthmaniyah (kritikan terhadap buku al-’Uthrnaniyah) oleh Abu Ja’far al-Iskafi, al-Baghdadi al-Mu’tazili yang meninggal dunia pada tahun 240 H. Naskhah buku ini dicetak di Masir.

2. Naqd al-”Uthmaniyah, olch Abu ‘Isa al-War’aq b. Harun al-Baghdadi (m. tahun
247 H.).

3. Naqd al-”Uthmaniyah, oleh Thubait b. Muhammad.

4. Naqd al-”Uthrnaniyah oleh Hasan b. Musa an-Naubakhti, disebut oleb aI- Mas’udi dalam Muruj al-Dhahab, Ill, h. 238.

5. Naqd al-”Uthmaniyah Penolakan terhadap buku Uthmaniyyah) oleh Abu
al -Ahwas al-Misri.

6. Naqd aI-’Uthmaniyah oleh al-Mas’udi pengarang Muruj al-Dhahab.

7. Naqd aI-’Uthmaniyah oleh Muzaffar b. Muhai~ad b. Ahmad al-Balkhi (in.
367 H.).

8.Naqd a!- Uthmaniyah oleh Asad b. ‘Ali b. Abdullah al-Ghassani Halabi(485- 534 H.).

9. Bina’ al-Maqalat al-Fathimiyah fi ar-Radd ‘ala al- ‘Uthmaniyah oleb Sayid lbn Tawus (in. 673 H.). Naskah tulisan tangan buku ini boleh didapati antara lain di Perpustakaan al-Auqaf, Baghdad no. 6777.

Pertarungan pemikiran dan perang dingin antara pihak-pihak yang bertentangan ini berjalan terus dan kadangkala diselangi dengan pertempuran berdarah.

Sikap golongan Syi’ah dalarn masa empat Kurun ini hanya bertahan dan serangan. Apabila keluar buku menyerang Syi’ah, golongan Syi’ah pun mengeluarkan buku pula untuk membalas serangan itu dan mempertahankan aqidah mereka. Berikut ialah contoh-contoh ringkas pertarungan itu pada setiap kurun, di sini tidaklah dapat disebut semua buku-buku yang diterbitkan kerana terlalu banyak. Pada kurun ke-20 M ini sahaja telah diterbitkan kira-kira 200 tajuk buku di Pakistan untuk menyerang Syi’ah.

Kurun ke-6 H

Seorang penduduk di kawasan ar-Rayy yang takut memperkenalkan namanya menulis sebuah buku bertajuk Ba’d Fada ‘ih ar-Rawafid yang menyerang Syi’ah dan memburuk-burukkannya. Buku ini dijawab satu-persatu oleb Nasiruddin ‘Abd al-Jalil al-Qazwini ar-Razi dengan tajuk Ba’d Mathalib an-Nawasib. Buku ini boleh dilihat dalam bentuk manuskrip di Perpustakaan Parlemen Iran, ia disalin dalam kurun ke~.

Kurun ke-7 H

Serangan Mongol datang melanda dan seluruh manusia berdiam diri.

Kurun ke-8 H

Lahirlah lbn Taimiyah yang mencabar dan menentang semua madhhab. Ia mengkafir-kan para ulama’ zamannya dan menulis buku khas menentang Syi’ah bertajuk Minhaj as-Sunnah; kandungan buku ini menggambarkan kebencian dan kemarahan kepada ‘Ali b. Abi Talib. Sebuah buku bertajuk aI-Insaf wal-Intisaf ii Ahl al-Haq min al-Israf, telah ditulis sebagai tindakbalas kepada buku lbn Taimiyah, ia ditulis pada tahun 757 H. dan naskah asalnya masih ada di Perpustakaan ar-Rida Masyhad no.5643.

Kurun ke-9 H

Yusuf b. Makhzum al-A’war menulis sebuab buku menyarang Syi’ah bertajuk ar-Risalah al-Mu’aridahfi ar-Radd‘alaar-Rafidah.
Buku ini dijawab oleh Syaikh Najmuddin Khadr b. Muhammad pada tahun 839 H. dengan tulisannya bertajuk al-Taudih al-Anwar, juga dijawab oleh Syaikh Izzuddin al-Hasan b. Syamsuddin dengan tajuk bukunya al-Anwar al-Badriyah.

Kurun ke-10 H

Ibn Hajar aI-Haitami (m. 973 H.) menulis buku as-Sawa’iq al-Muhriqah pada tahun 950 H. di Makkah al-Mukarramah. Ia menyesali perkembangan Syi’ah
sebagaimana yang digambarkan dalam pendahuluan bukunya.
Buku ini dijawab oleh seorang aIim dari India bernama al-Qadi Nurullah al-Tastari (syahid tahun 1019 H.) dengan menulis buku bertajuk as-Sawarim al-Muhriqah, buku ini telah dicetak di Iran tahun 1367 H.
Di Yaman, Ahmad b. Mahammad b. Luqman (m. 1029) juga menjawab dengan bukunya yang bertajuk al-Bihar al-Muriqah, sebagaimana yang disebut oleh Syaukani dalam al-Badr at-Tali, I,h. 118.

Kurun ke-11 H

Sultan Murad IV dari Kerajaan ‘Uthmaniyah Turki (1032-l049 H.) merasa ingin untuk menguasai Iraq yang berada di bawah kekuasaan kerajaan Safawiyah dan ja juga bercadang untuk menyerang kan, tetapi ia yakin tidak dapat mengalahkan kekuasaan Safawi (Syi’ah), lalu ia mencari jalan untuk membangkitkan semangat perpecahan di kalangan umat Islam dengan menggunakan ‘ulama jahat atau ‘ulama istana untuk memberi fatwa mengharuskan pembunuhan sesama Islam. Walau bagaimanapun tidak ada ‘ulama yang sanggup memberi fatwa demikian kecuali seorang pemuda bernama Nuh Affandi [6] yang sanggup menjual agamanya. Ia memberi fatwa mengkafirkan Syi’ah dengan katanya: “Siapa yang membunuh seorang Rafidi (Syi’ah) maka wajiblah baginya mendapat syurga!”
Fatwa ini menyebabkan kematian berpuluh ribu orang dalam perang saudara antara Sunnah dan Syi’ah selama tujuh bulan, yaitu dari 17 Rejab 1048 H. hingga 23 Muharram 1049 H., kemudian diadakan perjanjian damai di bandar Qasr Syirin dan berhentilah peperangan itu. Tetapi sebaik sahaja api peperangan padam, maka timbul pula api fitnah untuk menghapuskan golongan Syi’ah di seluruh kawasan Kerajaan ‘Uthmaniyah. Dengan berpandukan fatwa di atas berlakulah pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai terhadap golongan Syi’ah di Halab, kerana Halab merupakan kawasan Syi’ah sejak peme-intahan Banu Hamdan lagi. Semua orang-orang Syi’ah di sini dibunuh atau ditawan, kecuali mereka yang sempat lari ke kampung-kampung yang berjauhan.Fatwa ini boleh dilihat dalam kitab al- ‘Uqud ad-Duriyah Fi tanqih al-Fatawa al-Hamidiyah, juzu’ pertama, halaman l02.[7] Di antara kandungannya ialah:
“Siapa yang tidak mengkafirkan Syi’ah dan tidak mengharuskan pembunuhan mereka, atau tidak mewajibkan memerangi mereka, maka orang itu juga kafir seperti Syi’ah…”
Seterusnya fatwa itu mengatakan: maka wajiblah dibunuh golongan Syi’ah yang jahat dan kafir itu, karna ada mereka bertaubat atau tidak…. mereka tidak dibenarkan membayar jizyah untuk terus hidup dan tidak diberi keampunan sementara atau selama-lamanya…. dan harus pula perempuan-perempuan mereka dijadikan hamba, kerana orang murtad boleb dijadikan hamba setelah mereka berada di negeri kafir harbi…. Keturunan mereka juga boleh dijadikan hamba kerana mengikut ibu-ibu mereka.”

Kesan fatwa ini amatlah besar,di Halab sahaja 40,000 orang Syi’ah telah disembelih dan beribu-ribu dari mereka adalah keturunan Rasulullah s.’a.w. Salah seorang dari ‘ulama Najaf pada ketika itu bernama Sayyid Syarafuddin ‘Ali menghantar fatwa itu ke Iran untuk mengawal pembunuhan kejam yang berterusan itu. Oleh itu Syeikh ‘Izzuddin qadi Syiraz dan Syaikh al-Islam Isfahan teiah menangkis fatwa jahat itu dengan menulis kitabnya bertajuk al-Jami as-Safawi.[8]
Tentangan dan ulasan terhadap fatwa ini diterangkan juga oleh Sayyid ‘Abd al-Husayn Syarafuddin dalam bab ketujuh bukunya yang bertajuk al-Fusul al-Muhimmah.

Seterusnya al-Amini menjawab dengan lengkap fatwa ini dalam beberapa juzu’ kitab-nya yang bertajuk “al-Ghadir.”

Kurun ke-12 H

Pada kurun ini lahirlah sebuah kitab bertajuk as-Sawa’iq al-Muhbiqah yang ditulis oleh Nasrullah al-Kabuli. Ia merupakan penulis yang tidak dikenali kerana tidak disebutkan asal-usulnya dan tidak dapat dikesan riwayat hidupnya.
Kitab ini tidak dijawab oleh pihak ‘ulama Syi’ah kerana telah dijawab dengan panjang lebar pada Kurun Ke- 13 terhadap kitab Tuhfah Ithna ‘Asyariyah yang merupakan saduran atau salinan kepada kitab al-Sawaiq al-Mubiqah itu.

Kurun ke-13 H

Mungkin perselisihan antara Sunnah dan Syi’ah berpunca dari masalah perlantikan Khalifah (Khilafah), oleh itu kita dapati pertarungan pemikiran antara kedua golongan ini berkisar pada masalah khilafah sahaja, hinggalah sarnpai kepada Kurun Ke-13. Pada kurun ini timbullah seorang penulis bernama ‘Abdul ‘Aziz ad-Dahlawi yang membuka dan meluaskan lagi bidang perselisihan Sunnah-Syi’ah. Tulisannya mencakupi bidang yang luas, tidak sahaja terhenti kepada masalah Imamah dan Khilafah, tetapi ia melampaui had dari Imamah kepada Nubuwwah, dan seterusnya kepada masalah Ilahiyat, Ma ‘ad, perselisihan dalam hukum-hukurn fiqh dan lain-lain.

Kitab itu dinamakan Tuhfaq Ithna ‘’Asyariyah[9], yang mengandungi 12 bab:

Bab Pertama: Tentang Sejarah Syi’ah dan pecahan-pecahannya.
Bab Kedua: Tipa daya Syi’ah.
Bab Ketiga: Syi’ah zaman permulaan dan kitab-kitab mereka
Bab Keempat: Periwayat-periwayat Syi’ah dan Hadith mereka.
Bab Kelima: Perkara yang berhubung dengan Ketuhanan (Ilahiyat).
Bab Keenam: Perkara yang berhubung dengan Kenabian (Nubuwwat).
Bab Ketujuh: Imamah
Bab Kelapan: al-Ma’ad atau Hari Akhirat.
Bab Kesembilan: Masalah-masalah Fiqh.
Bab Kesepuluh: Kritikan-kritikan terhadap Syi’ah.
Bab Kesebelas: Perkara yang berkaitan dengan tiga 51 fatwa Syi’ah, iaitu Waham (kabur dan tidak mempunyai keyakinan yang betul), Ta’asub (fanatik) dan Hafawat (karut).
Bab Keduabelas: al-Wala’ dan al-Bara’.

Kandungan kitab ini sama sahaja dengan kitab as-Sawa’iq al-Mubiqah oleh Nasrullah al-Kabuli dan apabila kitab Tuhfah Ithna’Asyariyah ini dikeluarkan, timbullah jawaban yang bertalu-talu dan para ‘ulama Syi’ah, ada yang rnengkritik kitab itu keseluruhannya dan ada yang membuat kritikan terhadap beberapa bab sahaja. Mereka yang mengkritik secara keseluruhan ialah:

1.Syaikh Jamaluddin an-Naisaburi al-Hindi yang terbunuh pada tahun 1232 H. Ia merupakan seorang ‘alim yang banyak menulis berbagai kitab, di antaranya ialah kitab yang menyanggah kitab Tuhfah Ithna’Asyariyah, bertajuk Saifullah al-Mashlul ‘Ala Mukharribi Din ar-Rasul, terdiri dari tujuh jilid. Keterangan lanjut tentangnya boleli dilihat dalam adh-Dhari ‘ab, 10:190; 23:2~8 dan 15:13. Al-A ‘lam oleh Zarkali 6:251, Mu’jam al-Muallifin. 9:31; A’yan asy-Syiah, 9:392.

2. Mirza Muhammad b. ‘Inayat Ahmad Khan al-Kasyrniri ad-Dahlawi seorang ‘alim yang terkenal, tinggal di Lucknow dan meninggal duma tahun 1235 H.
Di antara kitab-kitab karangannya yang terkenal ialah: Nuzhah al-Ithna ‘Asyariyah fi ar-Radd ala Tuhfah Ithna’Asyariyah. Setiap bab dikritik dengait panjang lebar hingga menjadi sebuah kitab. Lima juzu’ kitabnya telah di-cetak di India pada tahun 1255 H. Keterangan lanjut tentang pengarang Nuzhah ini boleh dilihat dalam kitab Nujum al-Sama ‘, h. 352-362.

3. Maulvi Hasan b. Amaullah ad-Dahlawi, tinggal di Karbala’ dan meninggal dunia tahun 1260 H. Riwayat hidup dan karyanya dapat dilihat dalam kitab al-Kiram al-Bararah,h.308. Beliau menjawab segala persoalan dalam Tuhfah dengan menulis kitab bertajuk Tajhiz al-Jaisy. Kitab mi telah diterbitkan oleli Perpustakaan Pusat Universiti Teheran. Ada pula golongan ‘ulama yang tidak sempat untuk menangkis semua kandungan kitabTuhfah itu mereka hanya menjawab bab-bab yang tertentu sahaja seperti berikut:

Bab Pertama Kitab Tuhfah Ithna ‘Asyariyah,

Sejarah Syi’ah

Di antara mereka yang mengkiritik bab ini ialah al-’Allamah Sayyid Muhammad Qali al-Lucknow, seorang ahli ilmu al-kalam yang meninggal dunia pada tahun 1260H.. Beliau telah menulis sebuah kitab bertajuk as-Saif an-Nasiri yang menolak bab pertama kitab Tuhfah. Selain dari itu bab kedua, ketujuh, dan kesebelas juga dijawabnya dengan panjang lebar hingga menjadi kitab-kitab yang besar ber-tajuk al-Ajwibah al-Ithna ‘Asyariyah al-Muhammadiyah.
Kemudian seorang murid penulis Tuhfah bernama al-Fadil ar-Rasyid menulis pula sebuab risalah menjawab tulisan Muhammad Qali dan menyokong gurunya, lalu Muhammad Qali menjawab pula dengan bukunya bertajuk al-Ajwibah al-Fakhirah fi ar-Radd’Ala al-’Asy’irah. Keterangan lanjut tentang Muhammad Qali dan karya boleh dilihat dalam adh-Dhari’ah, 4:192-193; Kasy al-Hujul: 24; Nujum as-Sama’: 422, Nuzhah al-Khawatir, 7:460; ath-Thaqafah al-Islamiyah fi al-Hind: 220;A’yan asy-Syi’ah, 9:104.

Bab Kedua

Tentang tipu-daya Syi’ah

Bab ini telah dijawab oleh Muhammad Qali dengan bukunya yang bertajuk Taqlib al-Maka ‘id, dicetak di Calcutta India tahun 1262 H. dan kitab ini merupa-kan salah satu kumpulan kitab al-Ijnad al-Ithna “Asyariyah.

Bab Ketiga

Tentang golongan Syi’ah yang awal

Bab ini telah dijawab oleh Mirza Muhammad b.’Inayat Ahmad Khan al–Kisymiri ad-Dahlawi, jawaban ini terkandung di dalam salah satu juzu’ kitab Nuzhah Ithna Asyariyah karangannya yang dicetak di India tahun 1255 H.
Begitulab seterusnya semua 12 bab kitab Tuhfah telah dijawab oleh para ‘ulama Syi’ah.

Kurun ke-14 H

Kurun Ke-14 Hijrah merupakan era baru dalam perkembangan ilmu pengetahuan, tetapi dalam bidang kecaman terhadap Syi’ah ia berlaku sebaliknya. Kalau dulunya kecaman dilakukan secara perbincangan ilmiyah tetapi pada kurun ini tuduhan-tuduhan melulu secara fanatik telah dilakukan dan semua persoalan yang dikemukakan diambil dari buku-buku yang ditulis sebelumnya.
Sebagal contohnya kitab Mukhtasar at-Tuhfah al-Ithna ‘Asyariyah, ia dipindahkan dari India ke Iraq dan diterjemahkan dari bahasa Parsi ke bahasa Arab. Kitab ini dijawab oleh Syaikh Mahdi al-Khalisi dalam tiga jilid buku, begitu juga Shaikh asy-Syari’ah al—Asfahani (m.1339 H.) turut menjawabnya. Dalam juzu’ pertama kitab Mir’at at-Tasanif yang merupakan senarai penerbitan buku-buku di India dan Pakistan pada kurun ke-13 dan ke-14 Hijrah terdapat satu tajuk yang berbunyi. “Buku-buku yang mengecam Syi’ah”, di bawahnya disenaraikan nama 59 buah buku, 57 buah daripadanya ditulis pada kurun ke-14, ini tidak termasuk buku-buku yang mengecam Syi’ah di bawah tajuk buku ‘aqidah, fiqh dan sebagainya.”
Kecaman terhadap golongan Syi’ah yang ditulis pada kurun ini bercorak maki hamun, pembohongan dan tolunah yang tidak berasas, contohnya buku-buku yang ditulis oleh al-Qasimi, Jarullah, al-Khatib, Ihsan Illahi Zahir, dan lain-lain.
Untuk mengatasi segala tuduhan-tuduhan ini al-Allamah al-Amini telah menulis dalam juzu’ ketiga encyclopaedia-nya yang bertajuk al-Ghadir. Turut juga menulis ialah Sayid Muhsin al-Amin dengan kitabnya yang bertajuk Naqd a!- Wasyi ‘ah, Syaikh Latfullah as-Safi dan Syaikh Salman al-Khaqani dengan jawaban-jawaban yang ditujukan kepada al-Khatib dan lain-lain lagi.

Kurun ke-15 H

Kurun ini baharu saja menjelma, tetapi tulisan-tulisan anti Syi’ah kian bertambah, pada tahun 1406 Hijrah telah lahir 60 tajuk buku mencaci Syi’ah di Pakistan sahaja dan dicetak sebanyak tiga juta naskhah. Pada tahun 1404 dan 1405 Hijrah telah terbit 200 tajuk buku menyerang Syi’ah dan kebanyakan buku itu bermotifkan politik, yaitu mencaci revolusi kan dan pemimpinnya.
Seorang Ketua MajIis ‘Ulama Pakistan bemama Syaikh Muhammad ‘Abd al-Qadir Azad menulis sebuah risalah kecil bertajuk aI-Fitnah al-Khomainiyah pada tahun 1406 H., ia menyeru ketua-ketua negara Islam supaya menentang “revolusi Syi’ah” di Iran, kerana katanya golongan Syi’ah Iran akan membunuh kaum Muslimin yang mengerjakan Haji di sekeliling Ka’bah dan akan membawaa balik Hajr al-Aswad (batu hitam) ke Iran se-perti yang dilakukan oleh kaum Qaramitah[10]. Bahkan orang Iran tidak akan mengembalikan Hajr aI-Aswad ini hingga hari Qiyamat [11].
Di Malaysia, walaupun belum wujud masyarakat Syi’ah, tetapi sebuah buku bertajuk Bahaya Syi ‘ah telah ditulis oleh Ash’ari Muhammad, Ketua al-Arqam yang menggambarkan fahaman Syi’ah sebagai satu fahaman yang sesat dan berbahaya.

Demikianlah corak serangan dan segi pemikiran terhadap golongan Syi’ah dari abad ke abad dan mereka hanya bertahan menangkis segala serangan itu tanpa menyerang atau memulakan serangan terhadap golongan lain.
Walau bagaimanapun pertikaian pemikiran Sunnah-Syi’ah selalunya disebabkan oleh salah faham, misalnya golongan Sunnah selalu mengecam Syi’ah berdasarkan Hadith yang terdapat di dalam al-Kafi [12] sedangkan golongan Syi ‘ah tidak menganggap semua Hadith itu sebagai sahih. Menurut para ‘ulama Syi’ah kumpulan Hadith di dalam al-Kafi itu mengan-dungi 5072 Hadith sahih, 144 Hasan dan 9455 daif [13]. Golongan Sunnah pula me-nyangka semua Hadith itu adalah sahih bagi orang Syi’ah.

NOTA KAKI:

1. Lihat Ya’qubi. Tarikh, Beirut 1960,11, h. 159,249; Tabari, Tarikh ar-Rusul wa al-Muluk , 1964, IV, h:227; Ibn Abi al-Hadid, Syarah Nahjul Balaghah, Qahirah, h. 189,194, dan II, h. 57.

2. Ibn Abi al-Hadid, Ibid., II: 45.

3. Lihat Ibn Jauzi al-Muntazim; Ibn al-Athir al-Kamil; !bn Syakir ‘Uyun at-Tawarikh,, Sibt Ibn al–Jauzi, Mir ‘at az-Zaman; Dhahabi, Tarikh al-Islam; Ibn Kathir, al-Bidoyah wa an-.Nihayah.

4. Lihat Ibn al-Athir, al-Kamil Qahirah 1303 II. IX, h. 57-.77 tentang. Peristiiwa tahun 443 H. Kata-nya: “Berlakulah kekejarnan yang ngeri dan belum pernah terjadi sepertinya di dunia ini.

5. Lihat al-Fihrist oleb lbn an-Nadim, I’. 209:Zahr al-.4 dan oleh Arbili d.4n Al-Qandhuri, Yanabi al-Mawaddah, bab 52. Tulisan al-Jahiz ini telah diterbitkan di Qahirah tahun 1933 dengan tajuk “Risalah-risalah al-Jahiz” dan dimuat dalam majalah “Bahasa Arab” Babghad no.9 bertajuk:”Kelebihan Bani Hasyim dari manusia lain”.

6. Pada masa ini banyak lagi ‘aIim ‘ulama yang lebib tua dan faham tentang hukum Islam, tetapi mereka tetap tidak mahu mengikut perintah istana yang mahukan fatwa untuk memecah-belahkan umat Islam.

7. Naskhah asal fatwa ini yang ditulis dalam bahasa Turki masih tersimpan dalam khazanah istana ‘Uthmani dan pada waktu kebelakangan ini telah dicetak di lstanbul berdasarkan naskhah asalnya yang tersimpan di Perpustakaan Topkapisrai, iaitu perpustakaan istana.

8. Dua naskhah aI~Jami’ as-Sawafi ini terdapat di Perpustakaan Imam ar-Rida Masyhad, no. 127 dan 9773.

9. Kitab ini ditulis dalam bahasa Farsi dan telah diterjemahkan ke bahasa Arab oieh Ghulam Muhamad Muhyiddin dan diringkaskan oleh Mahmud Syukri al-Alusi serta diedit oleh Muhibuddin al-Khatib. Ia diterbitkan di Riyad tahun 1404 H.

10. Kaum Qaramitah’ (kurun ke-3 H.) pernah menyerang Mekah dan membawa balik Hajr al-Aswad ke negeri mereka, selepas 20 tahun Hajr al-Aswad itu dikembalikan semula dengan perintah khalifah Fatimiyyah al-Mansur. Lihat Ibn al-Ahtir, op. cit., Ill, h. 153; P.K. Hitti, History of the Arabs, London 1956, h. 445.

11. ‘Abd al-Qadir Azad,aI-Fitnah al-Khomainiyah, Lahore 1986, h. 48.

12. Koleksi Hadith oleh al-Kulaini.

13. Sayid Ali al-Milani, Journal Turathuna, Beirut 1407 H, h. 257.

Iklan

Komentar ditutup.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d blogger menyukai ini: